Masalah Sosial
Mukaddimah :
Manusia merupakan makhluk yang bersosial secara semulajadi. Oleh itu persoalannya, apakah cara terbaik yang dapat digunakan oleh manusia utk hidup dengan aman dan harmoni dalam masyarakat, malah dalam masa yg sama dapat melenyapkan masalah sosial yg terdapat di dalam komuniti masyarakat hari ini?
Dalam setiap masyarakat akan pasti terdapat masalah sosial dalam perlbagai bentuk. Islam menggambarkan masalah sosial dengan kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi (Fasa fi al-Ardwa, yasfiku al-Dima’) (Al-Quran, Surah al-Baqarah : 30)
Sistem Sosialis yg diperkenalkan oleh Karl Marx berpendapat perkara tersebut adalah disebabkan ketamakan dan penindasan golongan pemodal atau lebih dikenali sebagai Kapitalis ke atas golongan pekerja, maka impaknya berlaku kecurian, pembunuhan, rasuah dan sebagainya, kerana harta yang sepatutnya dimiliki oleh pekerja telah dimonopoli oleh Kapitalis.
Sehubungan itu, Karl Marx melihat punca ke-2 berlakunya masalah sosial ialah “pemilikan peribadi” dlm Arabiknya (Milkiyyat al-Fardiyyah) yang telah mendorong kemahuan manusia kepada sifat tamak. Oleh itu, beliau menganggap cara penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan manghapuskan “pemilikan peribadi”
Malangnya, perlaksanaan teori Marxis tidak dapat menghapuskan mslh sosial krn “pemilikan peribadi” itu merupakan sebahagian fitrah mansuia dan penghapusannya akan menyebabkan ketidakseimbangan yang ketara dalam kehidupan manusia. Kita dapat lihat realiti ini di negara-negara yang mengamalakn sistem pemerintahan Sosialis seperti Kesatuan Sosialis Soviet Rusia (USSR),
Poland
&
Yugoslavia
. Bukti ini jelas menunjukkan pertentangan sistem dengan fitrah manusia.
Masalah Sosial Menurut Islam
Sistem Sosial Islam tidak dimonopoli mana-mana skala masyarakat sebaliknya memperjuangkan kebenaran dan juga menyokong semua golongan terutama yang tertindas. Islam inginkan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira siapa dia? Harta? atau pengakat sama sekali… Dalam hal ini, Allah berfirman :
Maksudnya : “Ssghnya Allah S.W.T memerintahkan kamu dengan keadilan dan Ihsan serta berbuat baik pada kaum kerabat. Allah S.W.T mencegah kamu dari keburukan dan kemungkaran dan kezaliman. (Surah al-Nahl :90)
Masalah sosial menurut pandangan Islam bukanlah berpunca oleh golongan manusia tertentu , namun ianya disebabkan faktor nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia. Nafsu dipengaruhi oleh godaan syaitan melalui pelbagai cara antaranya sifat hasad dengki , tamak, cintakan dunia dan seumpamanya. Apabila nafsu jahat menguasai diri, maka kawalan akal ke atas diri manusia akan hilang . Oleh itu, terjerumuslah ke dalam perbuatan buruk yang tak sewajarnya dilakukan. Nafsu jahat ini lah perlu di didik dan dikawal bagi mengelakkan kebejatan sosial dalam masyarakat. Sebagai remaja ataupun orang dewasa, marilah kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan akal bersumberkan kepada ilmu pengetahuan, Al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut catatan Al-Quran Al-Karim, masalah sosial yang terawal berlaku semasa peristiwa pembunuhan Habil dan Qabil abgnya. Peristiwa ini diterangkan dlm surah al-Maidah ayat 27 hingga ayat 31.
Maksudnya : “maka nafsunya (Qabil) ingin membunuh saudaranya (Habil) lalu dibunuhnya, maka jadilah ia termasuk org yg rugi”
Intipati drpd kisah ini memberitahu bahawa nafsu Qabil yang telah mendorongnya utk membunuh Habil. Dari sini kita dapat lihat proses pendidikan Islam bermula dari pembentukan peribadi Muslim yg bertakwa, kemudian pembentukan keluarga Islam melalui perkahwinan seterusnya perkembangan zuriat yg soleh dan solehah. Terdapat juga perintah Allah S.W.T yg menyuruh org mukmin spya mendidik diri dan keluarga mereka ke jalan yang benar serta menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Firman allah bermaksud : “Wahai orang yg beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”) (surah al-Tahrim :6)
Dapat saya simpulkan sistem sosiologi islam merupakan sbhgian dari keseluruhan sistem agama Islam yang berpaksikan akidah Tawhid. Akidah Islam menekankan tentang wujudnya 2 pihak yg berbeza iaitu per1 Allah sbgai Tuhan, pencipta, pemilik berkuasa
Dan yg ke-2 adalah manusia sbg hamba, makhluk, dan lemah (Hablu Mina Allah Hablu MinaNas)
Sistem Sosial Islam menetapkan bhwa menjadi kewajipan keatas seorg hamba utk mematuhi segala perintah dan larangan tuannya. Begitulah juga keadaan manusia hendaklah mematuhi segala perintah dan larangan tuhanya iaitu Allah.
Keyakinan seseorg individu ttg Akhirat meyakinkan sgla perbuatannya di muka bumi ini akan dibalas akhirat kelak.Bak kata org, “Perbuatan baik dibls baik, perbuatan jahat dibls jahat” realiti ini tentu berbeza dgn mereka yg hanya percaya kepada hari akhirat tanpa meyakininya. Org yg percaya dan yakin pembalasan hari kiamat akan sentiasa berwaspada setiap tingkah lakunya. Hakikat inilah yg dikenali sbg ‘Takwa’’ perkara ini dpt dilihat melalui firman Allah S.W.T ketika mana menceritakan sifat golongan al-Mutaqqin, bermaksud: “Dan mereka yakin dengan akhirat” (Surah al-Baqarah :5)
Peranan kita sbg anggota masyarakat ialah pegimbang sosial. Konsep sosial Islam meletakkan agar anggota masyarkat manjadi factor pengimbang melalui konsep “Amru bi al-Ma’ruf Wa Nahyu ‘an al-munkar” (menyuruh kebaikan dan melarang dari kemungkaran). Allah S.W.T telah memuji pengikut Nabi Muhammad S.A.W sbg sebaik-baik umat krn mereka melaksanakan konsep tersebut. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“kamu adalah sebaik umat yg dilahirkan bagi manusia, (supaya) kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari perkara mungkar serta beriman kpd allah S.W.T (Surah Aali-Imran :110)
Dapat kita lihat, agama Islam membentuk peribadi penganutnya melalui 1 proses yg berkaitan drpada 3 unsur utama, iaitu Akidah, Syari’ah, dan Akhlak. Semoga kita tergolong bersama golongan ulu al-Bab yg digambarkan al-Quran sebagai yg mendgr perkataan lantas mengikut yg terbaik darinya..
Wassalam
18 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment