30 September 2008

Selamat Hari Raya Untuk Semua

Dikesempatan hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat dan kepada semua yang pernah mengujungi blog ini sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. Semoga madrasah Ramadhan yg lalu dapat mendidik hati-hati kita semua supaya menjadi mukmin muttaqin dan Eidul fitri yang mendatang ini sebagai hari kemenangan kepada kita semua.

Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau cara serta tingkah laku yang pernah menyinggung perasaan anda semua semasa saya menguruskan atau menghadiri sebarang program. Sesungguhnya, saya insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan insani.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


Semoga semuanya sihat dan ceria disamping keluarga yang tercinta di Pagi hari raya nanti.
InsyaAllah

24 September 2008

Sahabat.....




Sahabat,
Andai aku ingin terjatuh,
kaulah yang meyambutku,
Andaiku lalai dan leka,
kaulah sebagai fasinya.

Sahabat,
Andainya ku menimpa musibah,
Kau masih disisiku,
Andainya luntur semangatku,
kaulah pembakar yang hangat,

Kaulah sahabat tika ku suka,
bersama tika ku duka,
Kaulah sahabat ketika ku susah dan senang.
Kau memng sahabat.

18 September 2008

Kebajetan Sosial

Masalah Sosial

Mukaddimah :

Manusia merupakan makhluk yang bersosial secara semulajadi. Oleh itu persoalannya, apakah cara terbaik yang dapat digunakan oleh manusia utk hidup dengan aman dan harmoni dalam masyarakat, malah dalam masa yg sama dapat melenyapkan masalah sosial yg terdapat di dalam komuniti masyarakat hari ini?

Dalam setiap masyarakat akan pasti terdapat masalah sosial dalam perlbagai bentuk. Islam menggambarkan masalah sosial dengan kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi (Fasa fi al-Ardwa, yasfiku al-Dima’) (Al-Quran, Surah al-Baqarah : 30)

Sistem Sosialis yg diperkenalkan oleh Karl Marx berpendapat perkara tersebut adalah disebabkan ketamakan dan penindasan golongan pemodal atau lebih dikenali sebagai Kapitalis ke atas golongan pekerja, maka impaknya berlaku kecurian, pembunuhan, rasuah dan sebagainya, kerana harta yang sepatutnya dimiliki oleh pekerja telah dimonopoli oleh Kapitalis.

Sehubungan itu, Karl Marx melihat punca ke-2 berlakunya masalah sosial ialah “pemilikan peribadi” dlm Arabiknya (Milkiyyat al-Fardiyyah) yang telah mendorong kemahuan manusia kepada sifat tamak. Oleh itu, beliau menganggap cara penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan manghapuskan “pemilikan peribadi”

Malangnya, perlaksanaan teori Marxis tidak dapat menghapuskan mslh sosial krn “pemilikan peribadi” itu merupakan sebahagian fitrah mansuia dan penghapusannya akan menyebabkan ketidakseimbangan yang ketara dalam kehidupan manusia. Kita dapat lihat realiti ini di negara-negara yang mengamalakn sistem pemerintahan Sosialis seperti Kesatuan Sosialis Soviet Rusia (USSR),

Poland

&

Yugoslavia

. Bukti ini jelas menunjukkan pertentangan sistem dengan fitrah manusia.

Masalah Sosial Menurut Islam

Sistem Sosial Islam tidak dimonopoli mana-mana skala masyarakat sebaliknya memperjuangkan kebenaran dan juga menyokong semua golongan terutama yang tertindas. Islam inginkan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira siapa dia? Harta? atau pengakat sama sekali… Dalam hal ini, Allah berfirman :

Maksudnya : “Ssghnya Allah S.W.T memerintahkan kamu dengan keadilan dan Ihsan serta berbuat baik pada kaum kerabat. Allah S.W.T mencegah kamu dari keburukan dan kemungkaran dan kezaliman. (Surah al-Nahl :90)

Masalah sosial menurut pandangan Islam bukanlah berpunca oleh golongan manusia tertentu , namun ianya disebabkan faktor nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia. Nafsu dipengaruhi oleh godaan syaitan melalui pelbagai cara antaranya sifat hasad dengki , tamak, cintakan dunia dan seumpamanya. Apabila nafsu jahat menguasai diri, maka kawalan akal ke atas diri manusia akan hilang . Oleh itu, terjerumuslah ke dalam perbuatan buruk yang tak sewajarnya dilakukan. Nafsu jahat ini lah perlu di didik dan dikawal bagi mengelakkan kebejatan sosial dalam masyarakat. Sebagai remaja ataupun orang dewasa, marilah kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan akal bersumberkan kepada ilmu pengetahuan, Al-Quran dan As-Sunnah.

Menurut catatan Al-Quran Al-Karim, masalah sosial yang terawal berlaku semasa peristiwa pembunuhan Habil dan Qabil abgnya. Peristiwa ini diterangkan dlm surah al-Maidah ayat 27 hingga ayat 31.

Maksudnya : “maka nafsunya (Qabil) ingin membunuh saudaranya (Habil) lalu dibunuhnya, maka jadilah ia termasuk org yg rugi”

Intipati drpd kisah ini memberitahu bahawa nafsu Qabil yang telah mendorongnya utk membunuh Habil. Dari sini kita dapat lihat proses pendidikan Islam bermula dari pembentukan peribadi Muslim yg bertakwa, kemudian pembentukan keluarga Islam melalui perkahwinan seterusnya perkembangan zuriat yg soleh dan solehah. Terdapat juga perintah Allah S.W.T yg menyuruh org mukmin spya mendidik diri dan keluarga mereka ke jalan yang benar serta menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Firman allah bermaksud : “Wahai orang yg beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”) (surah al-Tahrim :6)

Dapat saya simpulkan sistem sosiologi islam merupakan sbhgian dari keseluruhan sistem agama Islam yang berpaksikan akidah Tawhid. Akidah Islam menekankan tentang wujudnya 2 pihak yg berbeza iaitu per1 Allah sbgai Tuhan, pencipta, pemilik berkuasa

Dan yg ke-2 adalah manusia sbg hamba, makhluk, dan lemah (Hablu Mina Allah Hablu MinaNas)

Sistem Sosial Islam menetapkan bhwa menjadi kewajipan keatas seorg hamba utk mematuhi segala perintah dan larangan tuannya. Begitulah juga keadaan manusia hendaklah mematuhi segala perintah dan larangan tuhanya iaitu Allah.

Keyakinan seseorg individu ttg Akhirat meyakinkan sgla perbuatannya di muka bumi ini akan dibalas akhirat kelak.Bak kata org, “Perbuatan baik dibls baik, perbuatan jahat dibls jahat” realiti ini tentu berbeza dgn mereka yg hanya percaya kepada hari akhirat tanpa meyakininya. Org yg percaya dan yakin pembalasan hari kiamat akan sentiasa berwaspada setiap tingkah lakunya. Hakikat inilah yg dikenali sbg ‘Takwa’’ perkara ini dpt dilihat melalui firman Allah S.W.T ketika mana menceritakan sifat golongan al-Mutaqqin, bermaksud: “Dan mereka yakin dengan akhirat” (Surah al-Baqarah :5)

Peranan kita sbg anggota masyarakat ialah pegimbang sosial. Konsep sosial Islam meletakkan agar anggota masyarkat manjadi factor pengimbang melalui konsep “Amru bi al-Ma’ruf Wa Nahyu ‘an al-munkar” (menyuruh kebaikan dan melarang dari kemungkaran). Allah S.W.T telah memuji pengikut Nabi Muhammad S.A.W sbg sebaik-baik umat krn mereka melaksanakan konsep tersebut. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“kamu adalah sebaik umat yg dilahirkan bagi manusia, (supaya) kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari perkara mungkar serta beriman kpd allah S.W.T (Surah Aali-Imran :110)

Dapat kita lihat, agama Islam membentuk peribadi penganutnya melalui 1 proses yg berkaitan drpada 3 unsur utama, iaitu Akidah, Syari’ah, dan Akhlak. Semoga kita tergolong bersama golongan ulu al-Bab yg digambarkan al-Quran sebagai yg mendgr perkataan lantas mengikut yg terbaik darinya..

Wassalam

SuruHan MenuTup AuRat UnTuk KebaIkan LelaKi & WaniTa

DALAM mempersalkan cara pemakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual mensimbolkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat. Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sohih. Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata. Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini. Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi. Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan. Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni? Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya. Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pertama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin. Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal,apabila auratnya terdedah. Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia. Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap orang. Seperti juga lelaki membetulkannya, yang mengenakan bajunya yang menutup aurat kerana niat perlu menjaga iman wanita. Begitu juga wanita tidak melilit tudungnya atas nawaitu – jangan sekali-kali berkata dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya." Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua bukan kerana orang lelaki. Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori’ kita. Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

12 September 2008

Manisnya Iman....

Seseorang akan merasakan manisnya iman bermula manakala di dalam hatinya terdapat rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, manisnya akan semakin dirasakan bila seseorang berusaha untuk senantiasa menyempurnakan cintanya kepada Allah, memperbanyak cabang-cabangnya (amalan yang dicintai Allah swt.) dan menangkis hal-hal yang bertentangan dengan kecintaan Allah swt.

Apa buktinya bila seseorang telah merasakan manisnya Iman?

# Ia akan selalu mengutamakan kecin taanya kepada Allah daripada mementingkan kesenangan dan kemegahan dunia, seperti bersenang-senang dengan keluarga, lebih senang tinggal di rumah ketimbang merespon seruan dakwah dan asyik dengan bisnisnya tanpa ada kontribusi sedikitpun terhadap kegiatan jihad di jalan Allah swt.

Sebagaimana firman Allah dalam surat At-Taubah : 24

“Katakanlah: “Jika bapa-bapak, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan-Nya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”

عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ قاَلَ : ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ اْلِايْمَانِ :اَلاْنِفْاَقُ مِنَ اُلاِقْتَارِ ، وَإِنْصَافُ النَّاسِ مِنْ نَفْسِكَ ، وَبذْلُ السَّلاَمِ لِلْعَالَمِ (رواه عبد الرزاق) علقه البخاري في (كتاب الايمان)

Amar bin Yasir berkata, “Ada tiga hal yang barangsiapa berada di dalamnya ia merasakan manisnya keimanan, berinfak dari kekikiran, bersikap adil terhadap manusia dari dirinya, dan mengupayakan keselamatan (salam) bagi alam.” (Diriwayatkan Abdurazzaq, Bukhari mencantumkannya di kitab Al-Iman).

Hadits yang dibawakan oleh Amar bin Yasir ra. tersebut di atas, juga menjelaskan tentang tiga hal yang dapat mendatangkan manisnya iman

Pertama
: berinfak secukupnya, tidak berlebihan sehingga menzalimi hak-hak yang lainnya, tapi juga tidak kikir dengan hartanya

Kedua : bersikap objektif, tidak menghalanginya untuk berbuat baik dan adil kepada manusia, walaupun ada kaitannya dengan kepentingan diri sendiri, misalnya walaupun disakiti dan dizalimi oleh seseorang, tetapi tidaka menghalanginya untuk memaafkannya dan tetap berbuat baik kepadanya

Ketiga : Menebarkan kesejahteraan kepada seluruh alam semesta, memperjuangkan sesuatu demi kebaikan manusia dan seluruh makhluk lainnya, seperti dengan melakukan kegiatan amal siasi maupun amal khidam ijtima’i (kegiatan sosial)

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.”