Dikesempatan hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat dan kepada semua yang pernah mengujungi blog ini sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. Semoga madrasah Ramadhan yg lalu dapat mendidik hati-hati kita semua supaya menjadi mukmin muttaqin dan Eidul fitri yang mendatang ini sebagai hari kemenangan kepada kita semua.
Saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau cara serta tingkah laku yang pernah menyinggung perasaan anda semua semasa saya menguruskan atau menghadiri sebarang program. Sesungguhnya, saya insan biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan insani.
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semoga semuanya sihat dan ceria disamping keluarga yang tercinta di Pagi hari raya nanti.
InsyaAllah
30 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment